Ahad, 21 September 2014

Kebaikan ESP Shaklee

Assalamualaikum…

  Okay,hari ni saya nak share tentang kebaikan ESP Shaklee.Alhamdulillah,semenjak saya guna ESP Shaklee ni memang nakmpak ada perubahan yang baik pada kulit.Dah tak keringa sangat macam dulu.Satu canister nji boleh atahan sampai 2 bulan,Consume 2 kali sehari.Tetapi ESP ni ada function yang berbeza dan kena consume dengan supplement yang lain juga.Nanti saya cerita.



  ESP  Soy Protein Isolated Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap yang berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.Ia terbukti secara klinikal mampu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Antara KHASIAT ESP SHAKLEE adalah:

1.       ESP mengandungi khasiat soya yang mengandungi non-GMO yang diproses pada suhu rendah dan diproses dengan air dan buaknnya bahan kimia.Ianya adalah bahan semulajadi yang mengandungi isotlavones,geinsten  dan pelabagai bahan emualajadi yang lain yang sangat bagus untuk badan manusia.
2.       Setaip canister (850 g) diperbuat daripada 30 kg kacang soya yang memberi tenaga segera.WoW!banyak tu..
3.       Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 gram kalsium bagi setiap hidangan dan sangat baik untuk mengekalkan kesihatan jantung.
4.       Paras glismek indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
5.       Membantu menyokong sistem imun,mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan paras gula dalam darah normal.
6.       Menyajikan  penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.
7.       5 sumber protein dan 4 sumber mineral yang diperlukan di semua peringkat umur
8.       14 g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
9.       1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging atau 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu.
10.   Mengandungi 50 % kalsium untuk tulang.
11.   Mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan prostat ,payudara dan monopaus
 Wow..banyak sangat khasiat ESP ni.memang sangat bagus untuk badan kita.Kesihatan sangat penting tau.Kalau sekarang kita tak jaga takkan dah sakit baru nak cari kan.Mencegah lebih baik daripada merawat.



Seperti saya cakapkan tadi,ESP ni ada function yang berlainan yang perlu diamalkan bersama dengan supplement lain.

1.       ESP + Vitamin E – for skin
ni set untuk penjagaan kulit wajah,untuk kulit cerah dan cantik tanpa mekap.Sesuai sangat untuk wanita.Boleh tambah dengan supplement lain seperti b-complex dan vit c.Kesannya akan lebih cepat dan lebih baik.Tapi perlu amalkan secara konsisten dan cara yang betul.
2.       ESP+ Omega-set preggy
yang ni set untuk wanita yang hamil.Sangat bagus untuk perkembangan kesihatan bayi dan ibu.Selain tu boleh kurangkan morning sickness
3.       ESP + vitalea-optimun energy
Yang ni set untuk orang yang sibuk berkerja ataupun  untuk student yang sibuk belajar.InsyAllah,dapat memberikan tenaga sepanjang hari.Jadi kita pun tak cepat lesu dan hasil kerja kita pun akan lebih produktif.


4.       ESP + Letichin- Set kurus
Yang ini set untuk orang yang nak kurus.Letichin ni meang ada khasiat yang sangat bagus dan mampu membakar lemak dengan cepat tapi dengan sayarat kena rajin bersenam tau.
5.       ESP+ Alfafa-Milk Boster
Set ni sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu,mampu untuk menghasilkan susu yang banyak dan mengembalikan kembali saiz payudara.
6.       ESP+ GLA
Set untuk mereka yang cuba untuk hamil dan terdapat beberapa supplement lain yang boleh diamalkan bersama.Dan bukan sahaja untuk isteri.Tetapi juga untuk  suami.
7.       ESP + Oestometrix- Set Migrain da kesihatan tulang
8.       ESP+ Zinc-Set selepas Bersalin
9.       ESP +performance
Sesuai untuk bulan puasa.Mampu bekalkan tenaga sepanjang hari di bulan puasa.Walaupun puasa,anda mampu untuk kekal bertenaga sepanjang hari.



    Ini Cuma sebahagian daripada penggunaan ESP Shaklee.Seeloknya diamalkn bersama dengan beberapa supplement tambahan yang lain untuk kesan yang lebih baik dan juga cara pemakanan yang betul.Jadi untuk maklumat yang lebih lanjut,boleh email/ whatsapp saya.

Khamis, 4 September 2014

Moga Istiqamah Menjadi Solehah




   Assalamualaikum..
   Alhamdulilah,tinggal lagi berapa hari  je lagi nak buka semester 3.Ya Allah,,,rindu sangat2 dengan semua orang,dengan classmates,dengan geng2 SRM..rindu yang amat sangat..x sabar nak jumpa diorang.Result??Alhamdulillah..cukup2 makan je ..sem lepa kuat main. 

     Sepanjang 3 bulan ni macam-macam perkara berlaku.Banyak sangat perubahan.Yang paling seronok bila tengok kawan-kawan berusaha nak jadi mulimah yang lebih baik.Dari seluar jeans  kepada jubah labuh.Dari tudung tingkat2 kena wide shawl yang sopan.Ya Allah..bila tengok diorang berubah terus berkobar-kobar nak berubah jugak jadi lebih baik.Tak nak ketinggalan jauh kat belakang.Nak sama-sama pimpin tangan dengan diorang untuk jadi muslimah yang lebih baik.

   Selama ni memang selalu usaha nak berubah tapi susah sangat nak istiqamah..Mungkin sebab buat sorang-sorang je..Takde sapa nak tolong ingatkan.Dulu kat sekolah ada juga sahabat yang tegur.

“Suma…kenapa tak pakai stoking?”
“Suma..baju jarang ni..tukar!!”

  Sumpah,rindu nak dengar teguran sahabat2..kadang-kadang kita takut nak tegur sebab takut sahabat tu terasa.Tapi sanggup ke pergi syurga sorang2 dan tinggalkan sahabt yang lain terus buat maksiat..tak nak kan?.Harap sahabat2 lain boleh lah tegur bila ada buat silap.x pakai stoking ke..tudung jarang ke..

    Permulaan untuk kita berubah,mesti jaga solat.benda yang sangat penting sebab tu lah solat dianggap tiang agama.Bila ada yang tak kena dengan diri kita,cuba check solat kita betul tak.segala-galanya,,dari segi bacaan,tertib dan sebagainya…lagi bagus kalau kita boleh jaga waktu solat.Bila masuk je waktu,terus solat.. Yang ni paling susah saya nak buat.harap2 Allah beri kekutan untuk terus berusaha…Bila solat terjaga,insyaAllah akhlak,aurat dan segala urusan hidup akan terjamin.

   Buat sahabat-sahabt yang masih lagi cuba berusaha,jangan pernah rasa ketinggalan bila kami di hadapan.Mungkin kadang-kadang kami terleka,tolong ingatkan..Bila aku berjalan lebih laju,kejar jangan pernah berpaling ke belakang..InsyaAllah,tangan ini akan terus memimpin hingga kita berada di halaqah yang sama..Terima kasih Ya Allah,sebab hadirkan sahabat-sahabt yang sentiasa ingatkan aku tentang MU..Aku hamba yang penuh dengan dosa,ampuni dosaku..ampuni dosa sahabat-sahabt ku..Berikan kami kekuatan dan kesabaran untuk terus istiqamah menjadi hambamu yang solehah…Amin..

P/s:teringin nak berusrah di bulatan gembira bersama sahabat-sahabat lain.Moga jadi Kenyataan.