Khamis, 4 September 2014

Moga Istiqamah Menjadi Solehah




   Assalamualaikum..
   Alhamdulilah,tinggal lagi berapa hari  je lagi nak buka semester 3.Ya Allah,,,rindu sangat2 dengan semua orang,dengan classmates,dengan geng2 SRM..rindu yang amat sangat..x sabar nak jumpa diorang.Result??Alhamdulillah..cukup2 makan je ..sem lepa kuat main. 

     Sepanjang 3 bulan ni macam-macam perkara berlaku.Banyak sangat perubahan.Yang paling seronok bila tengok kawan-kawan berusaha nak jadi mulimah yang lebih baik.Dari seluar jeans  kepada jubah labuh.Dari tudung tingkat2 kena wide shawl yang sopan.Ya Allah..bila tengok diorang berubah terus berkobar-kobar nak berubah jugak jadi lebih baik.Tak nak ketinggalan jauh kat belakang.Nak sama-sama pimpin tangan dengan diorang untuk jadi muslimah yang lebih baik.

   Selama ni memang selalu usaha nak berubah tapi susah sangat nak istiqamah..Mungkin sebab buat sorang-sorang je..Takde sapa nak tolong ingatkan.Dulu kat sekolah ada juga sahabat yang tegur.

“Suma…kenapa tak pakai stoking?”
“Suma..baju jarang ni..tukar!!”

  Sumpah,rindu nak dengar teguran sahabat2..kadang-kadang kita takut nak tegur sebab takut sahabat tu terasa.Tapi sanggup ke pergi syurga sorang2 dan tinggalkan sahabt yang lain terus buat maksiat..tak nak kan?.Harap sahabat2 lain boleh lah tegur bila ada buat silap.x pakai stoking ke..tudung jarang ke..

    Permulaan untuk kita berubah,mesti jaga solat.benda yang sangat penting sebab tu lah solat dianggap tiang agama.Bila ada yang tak kena dengan diri kita,cuba check solat kita betul tak.segala-galanya,,dari segi bacaan,tertib dan sebagainya…lagi bagus kalau kita boleh jaga waktu solat.Bila masuk je waktu,terus solat.. Yang ni paling susah saya nak buat.harap2 Allah beri kekutan untuk terus berusaha…Bila solat terjaga,insyaAllah akhlak,aurat dan segala urusan hidup akan terjamin.

   Buat sahabat-sahabt yang masih lagi cuba berusaha,jangan pernah rasa ketinggalan bila kami di hadapan.Mungkin kadang-kadang kami terleka,tolong ingatkan..Bila aku berjalan lebih laju,kejar jangan pernah berpaling ke belakang..InsyaAllah,tangan ini akan terus memimpin hingga kita berada di halaqah yang sama..Terima kasih Ya Allah,sebab hadirkan sahabat-sahabt yang sentiasa ingatkan aku tentang MU..Aku hamba yang penuh dengan dosa,ampuni dosaku..ampuni dosa sahabat-sahabt ku..Berikan kami kekuatan dan kesabaran untuk terus istiqamah menjadi hambamu yang solehah…Amin..

P/s:teringin nak berusrah di bulatan gembira bersama sahabat-sahabat lain.Moga jadi Kenyataan.
   

3 ulasan:

  1. akak..sya ada tag akak dlm liebster award... :) http://leestrawberry.blogspot.com/2014/09/liebster-award2.html

    BalasPadam
  2. Semoga terus istiqomah. Sy pun dalam niat nak berhijrah kepada lebih baik. InsyaALlah.

    Btw, awak dicalonkan dalam Liebster Award.

    here u go
    http://zahidahnur.blogspot.com/2014/09/libster-award.html

    Good Luck!

    BalasPadam
  3. Niat sudah ada nanti dilaksanakan dengan perbuatn. Moga-moga dipermudahkan. Ameen

    BalasPadam