Assalamualaikum… hai.
Lama tak update blog..
Ekceli tak berapa nak rajin pun nak update.
Petang tadi..aku
keluar dengan kawan aku, sebenarnya aku teman dia jumpa kawan dia.Yes,aku
memang sukan teman orang.Kawan aku ni agak bijak ,ofkos lah semua kawan dia
bijak-bijak yang belajar benda-benda professional,belajar oversea segala bagai.
And then, kitaorang jumpa dengan kawan dia,dentist to be.
Tapi,dentist ni
pelik sikit sebab dia suka dengan falsafah,ideology pemikiran segala bagai dan
sosiologi yang sepatutnya bidang pengajian yang aku belajar sekarang. Yes,aku
belajar antropologi dan sosiologo yang memmbicangkan tentang social dan
kehidupan masyarakat. Bila dia tahu aku belajar bidang tu,benda yang dia minat
so, dia Tanya aku baca tak buku ni buku tu.. (aku tak ingat nama buku dia
sebut) tapi semestinya aku tak baca. Aku rasa malu gila sampai rasa nak masuk
bawah meja.
Masa tu aku
sedar,bertapa teruknya aku bila aku tak baca buku yang berkaitan dengan bidang
yang aku belajar. Terus rasa insaf,nak balik rumah dan baca buku.. (insaf
sekejap je). Tapi aku tak faham macam mana dentist to be macam dia yang kena
study banyak pasal gigi boleh ada masa nak baca buku pasal ideology pemikiran
yang pelbagai ni..Terus rasa macam nak hokum diri sendiri dalam bilik dan baca
buku banyak2.. yess,I need to be intelektual person lah.. sampai bila nak malas
macam ni.. tak maju lah hidup nanti.
Pesanan terakhir
dari ustaz (at the same time jumpa ustaz kawan aku ni.).Hidup kita ni ibarat
botol,ilmu dan pengalaman yang ada ibarat air memenuhi botol tersebut yang
semakin lama akan semakin penuh.Jika dah penuh,kita tak boleh nak terima dah
air lain yang nak masuk ke dalam botol tu,Jadi,sepatutnya kita kena simpan air
yang penuh tu dan bawa botol kosong bila berjumpa orang lain supaya kita dapat
terima pandangan dan ilmu dari orang lain.Bila kita pulang,kita nilai balik
semua ‘air’ yang kita terima.iaitu ilmu.Kat sini nak cakap,kita jangan terlalu
taksub dengan ilmu yang kita ada sehingga kita tak mahu menerima pendapat dan ilmu
dari orang lain. Belajar untuk terima pandangan dari orang lain dan olah balik
ilmu tersebut.
Pertemuandengan
stranger hari ni walaupun singkat tapi bagi aku cukup bermakna sebab aku dapat
satu pandangan baru dalam hidup aku.Yang kita ni belajar bukan semata-mata
beljar sahaja tapi kena gunakan ilmu yang kita ada tu untuk membangunkan ummah.
Lepak dengan budak intelektual ni sangat berbeza walaupun kadang-kadang aku tak
faham pun apa yang diorang cakap dan kadang2 ada term yang aku tak pernah dengar
pun.Yes,be more intelektual ye suma.. bye.