Isnin, 4 Mei 2015

Antropologi ??

Assalamualaikum… hai.
Lama tak update blog..
Ekceli tak berapa nak rajin pun nak update.
   Petang tadi..aku keluar dengan kawan aku, sebenarnya aku teman dia jumpa kawan dia.Yes,aku memang sukan teman orang.Kawan aku ni agak bijak ,ofkos lah semua kawan dia bijak-bijak yang belajar benda-benda professional,belajar oversea segala bagai. And then, kitaorang jumpa dengan kawan dia,dentist to be.
  Tapi,dentist ni pelik sikit sebab dia suka dengan falsafah,ideology pemikiran segala bagai dan sosiologi yang sepatutnya bidang pengajian yang aku belajar sekarang. Yes,aku belajar antropologi dan sosiologo yang memmbicangkan tentang social dan kehidupan masyarakat. Bila dia tahu aku belajar bidang tu,benda yang dia minat so, dia Tanya aku baca tak buku ni buku tu.. (aku tak ingat nama buku dia sebut) tapi semestinya aku tak baca. Aku rasa malu gila sampai rasa nak masuk bawah meja.

    Masa tu aku sedar,bertapa teruknya aku bila aku tak baca buku yang berkaitan dengan bidang yang aku belajar. Terus rasa insaf,nak balik rumah dan baca buku.. (insaf sekejap je). Tapi aku tak faham macam mana dentist to be macam dia yang kena study banyak pasal gigi boleh ada masa nak baca buku pasal ideology pemikiran yang pelbagai ni..Terus rasa macam nak hokum diri sendiri dalam bilik dan baca buku banyak2.. yess,I need to be intelektual person lah.. sampai bila nak malas macam ni.. tak maju lah hidup nanti.

  Pesanan terakhir dari ustaz (at the same time jumpa ustaz kawan aku ni.).Hidup kita ni ibarat botol,ilmu dan pengalaman yang ada ibarat air memenuhi botol tersebut yang semakin lama akan semakin penuh.Jika dah penuh,kita tak boleh nak terima dah air lain yang nak masuk ke dalam botol tu,Jadi,sepatutnya kita kena simpan air yang penuh tu dan bawa botol kosong bila berjumpa orang lain supaya kita dapat terima pandangan dan ilmu dari orang lain.Bila kita pulang,kita nilai balik semua ‘air’ yang kita terima.iaitu ilmu.Kat sini nak cakap,kita jangan terlalu taksub dengan ilmu yang kita ada sehingga kita tak mahu menerima pendapat dan ilmu dari orang lain. Belajar untuk terima pandangan dari orang lain dan olah balik ilmu tersebut.

    Pertemuandengan stranger hari ni walaupun singkat tapi bagi aku cukup bermakna sebab aku dapat satu pandangan baru dalam hidup aku.Yang kita ni belajar bukan semata-mata beljar sahaja tapi kena gunakan ilmu yang kita ada tu untuk membangunkan ummah. Lepak dengan budak intelektual ni sangat berbeza walaupun kadang-kadang aku tak faham pun apa yang diorang cakap dan kadang2 ada term yang aku tak pernah dengar pun.Yes,be more intelektual ye suma.. bye.

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan