Ahad, 2 November 2014

Jodoh?

Bila umur dah masuk 23 tahun.Ofkos persoalan tentang nikah kawen tu memang tak boleh nak lepas.Tambah lagi bila tengok kiri kanan depan belakang.Kawan ni dah kawen.Kawan ni dah pregnant.Paling sadis kawan baik aku dah pregnant 2nd child.Eksaited tak boleh nak cover tapi dalam hati tetap ada rasa mencucuk-cucuk dalam hati.Rasa apa ni?Cemburu ke?

Cemburu tu memang ada.Bila tengok kawan-kawan share kat fb pasal anak masing-masing.Bila tengok kawan share gambar honeymoon dengan suami tercinta..Rasa macam nak unfollow terus tapi .tu kawan sendiri.Dia tak buat salah pun =.=..Tapi bagi aku tu semua rezeki masing-masing,ada orang rezeki dia jodoh datang awal.Ada orang rezeki dia dapat baby awal.Macam aku,rezeki aku dapat sambung degree.Bukan semua orang dapat rezeki macam ni kan.Setiap orang ada rezeki masing-masing. Yang penting kita kena bersyukur setiap kali kita dapat rezeki.Sebab tiap kali kita bersyukur makin Allah tambahkan lagi rezeki tu.

Pasal Jodoh...kadang-kadang malas nak pikir.Tengok BFF semua dah ada partner masing2.tunggu masa nak diijabkabulkan je.Tapi aku..krik..krik...maybe sebab dah fall in love dengan someone sampai hati tak terbuka nak terima orang lain walau hakikatnya 'dia' tak pernah nak balas pun perasaan tu.Sadis.Nak kata tunggu dia...tak kot.Nak kata tak tunggu pun..macam tak.Serah kan semuanya pada Allah.Tapi hari-hari lepas solat doa banyak2..Moga Allah temukan dengan jodoh yang sebenar dan kalau 'dia' bukan jodoh kita,semoga Allah damaikan hati kita ni.Lagipun nak risau buat apa,Allah dah tetapkan jodoh kita sebelum kita lahir lagi.Jadi yang tak jumpa jodoh lagi tu,jangan risau..doa banyak-banyak kat Allah.. Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.Yang penting kita pun kena prepare diri jadi jodoh yang baik kalau kita nak jodoh yang baik kan...

Kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga

"Selamat Pengantin Baru.Moga Bahagia bersama yang tercinta hingga ke syurga"

Kawan-kawan yang dah grad

"Happy Graduation Day"

P/s:Lagi jeles dengan orang yang dah grad dari orang yang dah kawen.2 taun lagi nak kena hadap degree

Tips Penjagaan Wajah

Assalamualaikum..

Hari ni dapat soalan cepumas..

Macam mana nak cantik?

Oh..Adik,semua orang cantik tau.Takde satupun kat mka bumi ni Allah ciptakan tak cantik.Lagipun cantik tu benda subjektif yang berbeza mengikut pandangan manusia.Ada orang kata gemuk tuhodoh,ada yang kata gemuk tu comel.So,depends atas orang tu.. 

Tak payah lah nak buat bedah plastik semata-mata nak cantik.Dosa tau.. Tapi sebagai perempuan memanglah kena jaga diri..walau tak cantik macam Angelina Jolie tapi paling kurang takde lah hodoh macam hantu Mak limah kan..huhu..


    Kali ni nak berkongsi tentang tips penjagaan kulit..macam dah biasa sangat kan..google pun boleh tahu kan.Tapi kali ni nak share apa yang saya amalkan.Sebab ada sahabat sahabat yang bertanya.Jadi saya share serba sedikit apa yang saya amalkan.
 
      1st sekali ialah tentang skincare.. yang tertanya-tanya mana yang best,boleh amalkan set NUTRIWHITE..hasilnya sangat memuaskan sebab buat kulit bersih dan makin cerah.Rupanya ramai tak tahu macam man acara yang betul nak cuci wajah.apa yang paling penting ialah cuci muka.Masa bila? Saya amalkan setiap kali bangun pagi dan sebelum tido.Tapi kalau pakai mekap pergi kelas ke jalan-jalan ke..memang balik terus cuci muka.jangan biar lama-lama atau nak tido baru nak cuci sebab mekap tu akan buat liang pori tersumbat dan acne akan muncul dengan riangnya..oh…no!!

       Bangun tido kena cuci muka ke?Yes,walaupun kita Cuma tido tapi kuman tu sentiasa ada.Bayangkan kita tido 8 jam..berapa banyak kuman yang melekat kat muka kita.Bantal tido tu pun bukan bersih sangat walaupun Nampak macam bersih.sebab tu sebelum tido lapik bantal dengan tuala bersih.barulah benda –benda asing yang ada kat bantal kan muka kita.Cuci muka adalah elemen penting dalam penjagaan wajah.Walaupun korang rasa cerewet dan malas..tetap kena rajin kalau nak kulit cantik..Tengok retis2,kalau malas xdenye body slim dan muka cantik.

  Seterusnya lepas cuci muka.mesti pakai toner.dan pelembap.pelembap ni penting sangat2 sebab bila cuci muka ,kelembapan kulit akan hilang dan kena cover balik pakai pelembap.jenis kulit muka kering lagilah kena rajin pakai.nak kekalkan kelembapan pada kulit.

  Okay..ni tiga perkara asas yang paling penting.Nak pakai produk apa yang sesuai?kalau kulit muka berjerawat dan sensitive saya cadangkan guna produk dari bahan semulajadi.Contohnya macam NUTRIWHITE.. produk ni sangat osem,boleh Nampak kesan yang  serta merta bila pakai dan dia ada effect boleh mencerahkan kulit wajah.Yang lagi best boleh tahan sampai 8 bulan..Waoo…jimat kan.

    Perkara tambahan lain yang saya amalkan ialah supplement .ofkos dari SHAKLEE..Alhamdulillah,bila  amalkan supplement ni kulit makin cerah dan tak kusam macam dulu.Jerawat pun jarang2 je muncul.Yang paling best kulit makin licin,jadi pakai mekap sikit pun dah cukup.Sekali seminggu saya amalkan scrub dan  MASKER  ESP SHAKLEE.apa yang best dengan produk supplement ni bukan je untuk makan tapi boleh gunakan sebagai masker..Selain masker ESP,boleh buat masker  VIT C dan VIT E..

Okay.,tu je amalan penjagaan kulit saya.Kunci utama nak jaga kulit bukannya produk yang mahal tau.tapi RAJIN.Kalau pakai produk yang murah pun tapi kita pakai dengan cara yang betul dn rajin amalkan insyaAllah boleh dapat hasil yang memuaskan.Tapi hati-hati pilih produk terutama yang ada bahan kimia.Effect dia memang dahsyat.Tengok pun ngeri je bila banyak sangat produk yang takde kelulusan KKM ni.Ok Girls..selamat mencuba.

P/s: My Junior...MC for Majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar Unisza 2014.You did a good Job

Penang Osem Trip...

Assalamualaikum..

Hai semua…

Dah makan??

I makan nasi putih tambah kicap tambah telur…osem sangat!!LAUK paling best di atas muka bumi ni.

Okay..kali ni nak cerita Trip ke Penang. Ekceli bukan jalan-jalan sangat pun.Tapi adalah part jalan-jalan tu.Pergi Penang ni sebab ada program dengan USM.lama sangat dah tak pergi penang ni.Rasanya last sekali pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot.tu pun memori pasal penang tu dah lost in the jungle dah..




Kali ni pergi Penang dapat lah makan Pasembur kat Padang Kota Lama ni.Rasa dia..bolehlah..Tapi harga dia Mahal nak mampus jugak lah sepinggan RM10..tu pun request nak RM10 je.Kalau diri sendiri pilih mahu kena sampai RM30.Dah lah nafsu makan tak boleh nak kawal bila jalan-jalan ni. Bila travel,memang makan lah paling penting sekali.Memang duit belanja ayah bagi habis untuk makan je pun.Souvenir sebijik pun tak beli.huhu.

Tempat yang paling best ialah Penang Trick Art 3D Gallery.Kami nak pergi Penang Art Street tapi time tu tengahari.Cuaca sangat panas dan kawasan Art Street agak besar dan memang hangus lah kalau nak jalan-jalan tengah panas ni kan.Jadi kami decide nak gi 3D Gallery. Harga asal tiket masuk RM 15,tapi pakai student card dapat RM 10 je..ohoi..memang best lah jadi student ni.So,lain kali kalau korang travel sila bawak kad matrik bersama (I lupa bawak sebenarnya,nasib pandai bodek).

Bila sampai penang,mesti orang cari nasi kandar kan.tapi tak berapa minat sangat dengan nasi-nasi ni.huhu..Lagi pun makanan kat penang ni mahal yang amat.Terus rindu kafe unisza bila nak bayar nasi kat penang ni.Nest destination kami pergi Bukit Bendera.Ni 1st time lah pergi.Sangat lah best,aman damai je kat atas bukit tu.Tambah lagi dengan  suhu sejuk ala-ala Cameron Highlands gitu kan.tapi penat jugak lah nak keliling bukit ni.Ada banyak lah benda menarik atas ni macam owl gallery tapi tak masuklah sebab kena bayar.duit lagi..huhu..
Tapi yang menarik kat atas bukit ni ada kuil hindu dan sebelah dia ada masjid..tapi masjid macam tinggi sikit dari kuil.kena naik tangga sikit. 1st time pergi kuil secara dekat.Dapat tengok tok sami dia dan patung2 hindu .Sebelum maghrib diorang ada berzikir dengan Bahasa tamil.apapun tak faham..huhu… maghrib lari masuk masjid.haha.
Sebenarnya gi Penang ni ‘dia’ ikut sekali. ‘dia’ tu siapa?tak nak citer.Tapi tak tahulah kenapa malu yang amat sangat nak cakap dengan dia.Tengok muka pun malu.Padahal dah lama kenal.Paling kecewa takde satu pun gambar dengan dia.Sadis..Takpelah,ada jodoh kita jumpa lagi.Ikhlas :Peminat.haha
Lagi 2 minggu pergi lagi penang..projek kelas plak.

Penang…I miss You`