Ahad, 2 November 2014

Penang Osem Trip...

Assalamualaikum..

Hai semua…

Dah makan??

I makan nasi putih tambah kicap tambah telur…osem sangat!!LAUK paling best di atas muka bumi ni.

Okay..kali ni nak cerita Trip ke Penang. Ekceli bukan jalan-jalan sangat pun.Tapi adalah part jalan-jalan tu.Pergi Penang ni sebab ada program dengan USM.lama sangat dah tak pergi penang ni.Rasanya last sekali pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot.tu pun memori pasal penang tu dah lost in the jungle dah..




Kali ni pergi Penang dapat lah makan Pasembur kat Padang Kota Lama ni.Rasa dia..bolehlah..Tapi harga dia Mahal nak mampus jugak lah sepinggan RM10..tu pun request nak RM10 je.Kalau diri sendiri pilih mahu kena sampai RM30.Dah lah nafsu makan tak boleh nak kawal bila jalan-jalan ni. Bila travel,memang makan lah paling penting sekali.Memang duit belanja ayah bagi habis untuk makan je pun.Souvenir sebijik pun tak beli.huhu.

Tempat yang paling best ialah Penang Trick Art 3D Gallery.Kami nak pergi Penang Art Street tapi time tu tengahari.Cuaca sangat panas dan kawasan Art Street agak besar dan memang hangus lah kalau nak jalan-jalan tengah panas ni kan.Jadi kami decide nak gi 3D Gallery. Harga asal tiket masuk RM 15,tapi pakai student card dapat RM 10 je..ohoi..memang best lah jadi student ni.So,lain kali kalau korang travel sila bawak kad matrik bersama (I lupa bawak sebenarnya,nasib pandai bodek).

Bila sampai penang,mesti orang cari nasi kandar kan.tapi tak berapa minat sangat dengan nasi-nasi ni.huhu..Lagi pun makanan kat penang ni mahal yang amat.Terus rindu kafe unisza bila nak bayar nasi kat penang ni.Nest destination kami pergi Bukit Bendera.Ni 1st time lah pergi.Sangat lah best,aman damai je kat atas bukit tu.Tambah lagi dengan  suhu sejuk ala-ala Cameron Highlands gitu kan.tapi penat jugak lah nak keliling bukit ni.Ada banyak lah benda menarik atas ni macam owl gallery tapi tak masuklah sebab kena bayar.duit lagi..huhu..
Tapi yang menarik kat atas bukit ni ada kuil hindu dan sebelah dia ada masjid..tapi masjid macam tinggi sikit dari kuil.kena naik tangga sikit. 1st time pergi kuil secara dekat.Dapat tengok tok sami dia dan patung2 hindu .Sebelum maghrib diorang ada berzikir dengan Bahasa tamil.apapun tak faham..huhu… maghrib lari masuk masjid.haha.
Sebenarnya gi Penang ni ‘dia’ ikut sekali. ‘dia’ tu siapa?tak nak citer.Tapi tak tahulah kenapa malu yang amat sangat nak cakap dengan dia.Tengok muka pun malu.Padahal dah lama kenal.Paling kecewa takde satu pun gambar dengan dia.Sadis..Takpelah,ada jodoh kita jumpa lagi.Ikhlas :Peminat.haha
Lagi 2 minggu pergi lagi penang..projek kelas plak.

Penang…I miss You`

Tiada ulasan:

Catat Ulasan