Ahad, 2 November 2014

Jodoh?

Bila umur dah masuk 23 tahun.Ofkos persoalan tentang nikah kawen tu memang tak boleh nak lepas.Tambah lagi bila tengok kiri kanan depan belakang.Kawan ni dah kawen.Kawan ni dah pregnant.Paling sadis kawan baik aku dah pregnant 2nd child.Eksaited tak boleh nak cover tapi dalam hati tetap ada rasa mencucuk-cucuk dalam hati.Rasa apa ni?Cemburu ke?

Cemburu tu memang ada.Bila tengok kawan-kawan share kat fb pasal anak masing-masing.Bila tengok kawan share gambar honeymoon dengan suami tercinta..Rasa macam nak unfollow terus tapi .tu kawan sendiri.Dia tak buat salah pun =.=..Tapi bagi aku tu semua rezeki masing-masing,ada orang rezeki dia jodoh datang awal.Ada orang rezeki dia dapat baby awal.Macam aku,rezeki aku dapat sambung degree.Bukan semua orang dapat rezeki macam ni kan.Setiap orang ada rezeki masing-masing. Yang penting kita kena bersyukur setiap kali kita dapat rezeki.Sebab tiap kali kita bersyukur makin Allah tambahkan lagi rezeki tu.

Pasal Jodoh...kadang-kadang malas nak pikir.Tengok BFF semua dah ada partner masing2.tunggu masa nak diijabkabulkan je.Tapi aku..krik..krik...maybe sebab dah fall in love dengan someone sampai hati tak terbuka nak terima orang lain walau hakikatnya 'dia' tak pernah nak balas pun perasaan tu.Sadis.Nak kata tunggu dia...tak kot.Nak kata tak tunggu pun..macam tak.Serah kan semuanya pada Allah.Tapi hari-hari lepas solat doa banyak2..Moga Allah temukan dengan jodoh yang sebenar dan kalau 'dia' bukan jodoh kita,semoga Allah damaikan hati kita ni.Lagipun nak risau buat apa,Allah dah tetapkan jodoh kita sebelum kita lahir lagi.Jadi yang tak jumpa jodoh lagi tu,jangan risau..doa banyak-banyak kat Allah.. Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.Yang penting kita pun kena prepare diri jadi jodoh yang baik kalau kita nak jodoh yang baik kan...

Kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga

"Selamat Pengantin Baru.Moga Bahagia bersama yang tercinta hingga ke syurga"

Kawan-kawan yang dah grad

"Happy Graduation Day"

P/s:Lagi jeles dengan orang yang dah grad dari orang yang dah kawen.2 taun lagi nak kena hadap degree

Tips Penjagaan Wajah

Assalamualaikum..

Hari ni dapat soalan cepumas..

Macam mana nak cantik?

Oh..Adik,semua orang cantik tau.Takde satupun kat mka bumi ni Allah ciptakan tak cantik.Lagipun cantik tu benda subjektif yang berbeza mengikut pandangan manusia.Ada orang kata gemuk tuhodoh,ada yang kata gemuk tu comel.So,depends atas orang tu.. 

Tak payah lah nak buat bedah plastik semata-mata nak cantik.Dosa tau.. Tapi sebagai perempuan memanglah kena jaga diri..walau tak cantik macam Angelina Jolie tapi paling kurang takde lah hodoh macam hantu Mak limah kan..huhu..


    Kali ni nak berkongsi tentang tips penjagaan kulit..macam dah biasa sangat kan..google pun boleh tahu kan.Tapi kali ni nak share apa yang saya amalkan.Sebab ada sahabat sahabat yang bertanya.Jadi saya share serba sedikit apa yang saya amalkan.
 
      1st sekali ialah tentang skincare.. yang tertanya-tanya mana yang best,boleh amalkan set NUTRIWHITE..hasilnya sangat memuaskan sebab buat kulit bersih dan makin cerah.Rupanya ramai tak tahu macam man acara yang betul nak cuci wajah.apa yang paling penting ialah cuci muka.Masa bila? Saya amalkan setiap kali bangun pagi dan sebelum tido.Tapi kalau pakai mekap pergi kelas ke jalan-jalan ke..memang balik terus cuci muka.jangan biar lama-lama atau nak tido baru nak cuci sebab mekap tu akan buat liang pori tersumbat dan acne akan muncul dengan riangnya..oh…no!!

       Bangun tido kena cuci muka ke?Yes,walaupun kita Cuma tido tapi kuman tu sentiasa ada.Bayangkan kita tido 8 jam..berapa banyak kuman yang melekat kat muka kita.Bantal tido tu pun bukan bersih sangat walaupun Nampak macam bersih.sebab tu sebelum tido lapik bantal dengan tuala bersih.barulah benda –benda asing yang ada kat bantal kan muka kita.Cuci muka adalah elemen penting dalam penjagaan wajah.Walaupun korang rasa cerewet dan malas..tetap kena rajin kalau nak kulit cantik..Tengok retis2,kalau malas xdenye body slim dan muka cantik.

  Seterusnya lepas cuci muka.mesti pakai toner.dan pelembap.pelembap ni penting sangat2 sebab bila cuci muka ,kelembapan kulit akan hilang dan kena cover balik pakai pelembap.jenis kulit muka kering lagilah kena rajin pakai.nak kekalkan kelembapan pada kulit.

  Okay..ni tiga perkara asas yang paling penting.Nak pakai produk apa yang sesuai?kalau kulit muka berjerawat dan sensitive saya cadangkan guna produk dari bahan semulajadi.Contohnya macam NUTRIWHITE.. produk ni sangat osem,boleh Nampak kesan yang  serta merta bila pakai dan dia ada effect boleh mencerahkan kulit wajah.Yang lagi best boleh tahan sampai 8 bulan..Waoo…jimat kan.

    Perkara tambahan lain yang saya amalkan ialah supplement .ofkos dari SHAKLEE..Alhamdulillah,bila  amalkan supplement ni kulit makin cerah dan tak kusam macam dulu.Jerawat pun jarang2 je muncul.Yang paling best kulit makin licin,jadi pakai mekap sikit pun dah cukup.Sekali seminggu saya amalkan scrub dan  MASKER  ESP SHAKLEE.apa yang best dengan produk supplement ni bukan je untuk makan tapi boleh gunakan sebagai masker..Selain masker ESP,boleh buat masker  VIT C dan VIT E..

Okay.,tu je amalan penjagaan kulit saya.Kunci utama nak jaga kulit bukannya produk yang mahal tau.tapi RAJIN.Kalau pakai produk yang murah pun tapi kita pakai dengan cara yang betul dn rajin amalkan insyaAllah boleh dapat hasil yang memuaskan.Tapi hati-hati pilih produk terutama yang ada bahan kimia.Effect dia memang dahsyat.Tengok pun ngeri je bila banyak sangat produk yang takde kelulusan KKM ni.Ok Girls..selamat mencuba.

P/s: My Junior...MC for Majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar Unisza 2014.You did a good Job

Penang Osem Trip...

Assalamualaikum..

Hai semua…

Dah makan??

I makan nasi putih tambah kicap tambah telur…osem sangat!!LAUK paling best di atas muka bumi ni.

Okay..kali ni nak cerita Trip ke Penang. Ekceli bukan jalan-jalan sangat pun.Tapi adalah part jalan-jalan tu.Pergi Penang ni sebab ada program dengan USM.lama sangat dah tak pergi penang ni.Rasanya last sekali pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot.tu pun memori pasal penang tu dah lost in the jungle dah..




Kali ni pergi Penang dapat lah makan Pasembur kat Padang Kota Lama ni.Rasa dia..bolehlah..Tapi harga dia Mahal nak mampus jugak lah sepinggan RM10..tu pun request nak RM10 je.Kalau diri sendiri pilih mahu kena sampai RM30.Dah lah nafsu makan tak boleh nak kawal bila jalan-jalan ni. Bila travel,memang makan lah paling penting sekali.Memang duit belanja ayah bagi habis untuk makan je pun.Souvenir sebijik pun tak beli.huhu.

Tempat yang paling best ialah Penang Trick Art 3D Gallery.Kami nak pergi Penang Art Street tapi time tu tengahari.Cuaca sangat panas dan kawasan Art Street agak besar dan memang hangus lah kalau nak jalan-jalan tengah panas ni kan.Jadi kami decide nak gi 3D Gallery. Harga asal tiket masuk RM 15,tapi pakai student card dapat RM 10 je..ohoi..memang best lah jadi student ni.So,lain kali kalau korang travel sila bawak kad matrik bersama (I lupa bawak sebenarnya,nasib pandai bodek).

Bila sampai penang,mesti orang cari nasi kandar kan.tapi tak berapa minat sangat dengan nasi-nasi ni.huhu..Lagi pun makanan kat penang ni mahal yang amat.Terus rindu kafe unisza bila nak bayar nasi kat penang ni.Nest destination kami pergi Bukit Bendera.Ni 1st time lah pergi.Sangat lah best,aman damai je kat atas bukit tu.Tambah lagi dengan  suhu sejuk ala-ala Cameron Highlands gitu kan.tapi penat jugak lah nak keliling bukit ni.Ada banyak lah benda menarik atas ni macam owl gallery tapi tak masuklah sebab kena bayar.duit lagi..huhu..
Tapi yang menarik kat atas bukit ni ada kuil hindu dan sebelah dia ada masjid..tapi masjid macam tinggi sikit dari kuil.kena naik tangga sikit. 1st time pergi kuil secara dekat.Dapat tengok tok sami dia dan patung2 hindu .Sebelum maghrib diorang ada berzikir dengan Bahasa tamil.apapun tak faham..huhu… maghrib lari masuk masjid.haha.
Sebenarnya gi Penang ni ‘dia’ ikut sekali. ‘dia’ tu siapa?tak nak citer.Tapi tak tahulah kenapa malu yang amat sangat nak cakap dengan dia.Tengok muka pun malu.Padahal dah lama kenal.Paling kecewa takde satu pun gambar dengan dia.Sadis..Takpelah,ada jodoh kita jumpa lagi.Ikhlas :Peminat.haha
Lagi 2 minggu pergi lagi penang..projek kelas plak.

Penang…I miss You`

Isnin, 27 Oktober 2014

To My Future Husband

My dearest future husband,

My expectations are not of a princess. I do not need all the riches of the world. All I ask is that you are rich with knowledge. Please do not feel threatened by labels and certificates. They mean so much less than the knowledge of Islam I pray you possess. I pray that you’ll be my other half who will help me answer our children’s’ questions when I have no idea what to say. I pray you be there to finish my sentences and teach me where I am lacking, for I know I am.
I do not expect you to be as beautiful as Prophet Yusuf (‘Aalayhi Salam), I will be grateful enough you becoming the light of my eyes. If we were meant for each other, if I am the lucky girl Allah created for you, then Im sure Allah will bring our hearts together and make us fall in love when we finally meet. How can I expect someone handsome and good looking, when I am but an awkward and clumsy girl.
A Muslimah’s letter written for her future husband, her future partner and the future father to her children. Even though I have yet to meet him, I pray that you are always in the best of health, under Allah’s protection and barakah, no matter where you are.Although there is no way to determine how and where we will meet, my prayers are always with you, so that one day we will find each other under the best of circumstances.
♥♥♥
 
copy from : Apricot Pie


Ahad, 21 September 2014

Kebaikan ESP Shaklee

Assalamualaikum…

  Okay,hari ni saya nak share tentang kebaikan ESP Shaklee.Alhamdulillah,semenjak saya guna ESP Shaklee ni memang nakmpak ada perubahan yang baik pada kulit.Dah tak keringa sangat macam dulu.Satu canister nji boleh atahan sampai 2 bulan,Consume 2 kali sehari.Tetapi ESP ni ada function yang berbeza dan kena consume dengan supplement yang lain juga.Nanti saya cerita.



  ESP  Soy Protein Isolated Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap yang berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.Ia terbukti secara klinikal mampu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Antara KHASIAT ESP SHAKLEE adalah:

1.       ESP mengandungi khasiat soya yang mengandungi non-GMO yang diproses pada suhu rendah dan diproses dengan air dan buaknnya bahan kimia.Ianya adalah bahan semulajadi yang mengandungi isotlavones,geinsten  dan pelabagai bahan emualajadi yang lain yang sangat bagus untuk badan manusia.
2.       Setaip canister (850 g) diperbuat daripada 30 kg kacang soya yang memberi tenaga segera.WoW!banyak tu..
3.       Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 gram kalsium bagi setiap hidangan dan sangat baik untuk mengekalkan kesihatan jantung.
4.       Paras glismek indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
5.       Membantu menyokong sistem imun,mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan paras gula dalam darah normal.
6.       Menyajikan  penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.
7.       5 sumber protein dan 4 sumber mineral yang diperlukan di semua peringkat umur
8.       14 g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
9.       1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging atau 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu.
10.   Mengandungi 50 % kalsium untuk tulang.
11.   Mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan prostat ,payudara dan monopaus
 Wow..banyak sangat khasiat ESP ni.memang sangat bagus untuk badan kita.Kesihatan sangat penting tau.Kalau sekarang kita tak jaga takkan dah sakit baru nak cari kan.Mencegah lebih baik daripada merawat.



Seperti saya cakapkan tadi,ESP ni ada function yang berlainan yang perlu diamalkan bersama dengan supplement lain.

1.       ESP + Vitamin E – for skin
ni set untuk penjagaan kulit wajah,untuk kulit cerah dan cantik tanpa mekap.Sesuai sangat untuk wanita.Boleh tambah dengan supplement lain seperti b-complex dan vit c.Kesannya akan lebih cepat dan lebih baik.Tapi perlu amalkan secara konsisten dan cara yang betul.
2.       ESP+ Omega-set preggy
yang ni set untuk wanita yang hamil.Sangat bagus untuk perkembangan kesihatan bayi dan ibu.Selain tu boleh kurangkan morning sickness
3.       ESP + vitalea-optimun energy
Yang ni set untuk orang yang sibuk berkerja ataupun  untuk student yang sibuk belajar.InsyAllah,dapat memberikan tenaga sepanjang hari.Jadi kita pun tak cepat lesu dan hasil kerja kita pun akan lebih produktif.


4.       ESP + Letichin- Set kurus
Yang ini set untuk orang yang nak kurus.Letichin ni meang ada khasiat yang sangat bagus dan mampu membakar lemak dengan cepat tapi dengan sayarat kena rajin bersenam tau.
5.       ESP+ Alfafa-Milk Boster
Set ni sangat sesuai untuk ibu yang sedang menyusu,mampu untuk menghasilkan susu yang banyak dan mengembalikan kembali saiz payudara.
6.       ESP+ GLA
Set untuk mereka yang cuba untuk hamil dan terdapat beberapa supplement lain yang boleh diamalkan bersama.Dan bukan sahaja untuk isteri.Tetapi juga untuk  suami.
7.       ESP + Oestometrix- Set Migrain da kesihatan tulang
8.       ESP+ Zinc-Set selepas Bersalin
9.       ESP +performance
Sesuai untuk bulan puasa.Mampu bekalkan tenaga sepanjang hari di bulan puasa.Walaupun puasa,anda mampu untuk kekal bertenaga sepanjang hari.



    Ini Cuma sebahagian daripada penggunaan ESP Shaklee.Seeloknya diamalkn bersama dengan beberapa supplement tambahan yang lain untuk kesan yang lebih baik dan juga cara pemakanan yang betul.Jadi untuk maklumat yang lebih lanjut,boleh email/ whatsapp saya.

Khamis, 4 September 2014

Moga Istiqamah Menjadi Solehah




   Assalamualaikum..
   Alhamdulilah,tinggal lagi berapa hari  je lagi nak buka semester 3.Ya Allah,,,rindu sangat2 dengan semua orang,dengan classmates,dengan geng2 SRM..rindu yang amat sangat..x sabar nak jumpa diorang.Result??Alhamdulillah..cukup2 makan je ..sem lepa kuat main. 

     Sepanjang 3 bulan ni macam-macam perkara berlaku.Banyak sangat perubahan.Yang paling seronok bila tengok kawan-kawan berusaha nak jadi mulimah yang lebih baik.Dari seluar jeans  kepada jubah labuh.Dari tudung tingkat2 kena wide shawl yang sopan.Ya Allah..bila tengok diorang berubah terus berkobar-kobar nak berubah jugak jadi lebih baik.Tak nak ketinggalan jauh kat belakang.Nak sama-sama pimpin tangan dengan diorang untuk jadi muslimah yang lebih baik.

   Selama ni memang selalu usaha nak berubah tapi susah sangat nak istiqamah..Mungkin sebab buat sorang-sorang je..Takde sapa nak tolong ingatkan.Dulu kat sekolah ada juga sahabat yang tegur.

“Suma…kenapa tak pakai stoking?”
“Suma..baju jarang ni..tukar!!”

  Sumpah,rindu nak dengar teguran sahabat2..kadang-kadang kita takut nak tegur sebab takut sahabat tu terasa.Tapi sanggup ke pergi syurga sorang2 dan tinggalkan sahabt yang lain terus buat maksiat..tak nak kan?.Harap sahabat2 lain boleh lah tegur bila ada buat silap.x pakai stoking ke..tudung jarang ke..

    Permulaan untuk kita berubah,mesti jaga solat.benda yang sangat penting sebab tu lah solat dianggap tiang agama.Bila ada yang tak kena dengan diri kita,cuba check solat kita betul tak.segala-galanya,,dari segi bacaan,tertib dan sebagainya…lagi bagus kalau kita boleh jaga waktu solat.Bila masuk je waktu,terus solat.. Yang ni paling susah saya nak buat.harap2 Allah beri kekutan untuk terus berusaha…Bila solat terjaga,insyaAllah akhlak,aurat dan segala urusan hidup akan terjamin.

   Buat sahabat-sahabt yang masih lagi cuba berusaha,jangan pernah rasa ketinggalan bila kami di hadapan.Mungkin kadang-kadang kami terleka,tolong ingatkan..Bila aku berjalan lebih laju,kejar jangan pernah berpaling ke belakang..InsyaAllah,tangan ini akan terus memimpin hingga kita berada di halaqah yang sama..Terima kasih Ya Allah,sebab hadirkan sahabat-sahabt yang sentiasa ingatkan aku tentang MU..Aku hamba yang penuh dengan dosa,ampuni dosaku..ampuni dosa sahabat-sahabt ku..Berikan kami kekuatan dan kesabaran untuk terus istiqamah menjadi hambamu yang solehah…Amin..

P/s:teringin nak berusrah di bulatan gembira bersama sahabat-sahabat lain.Moga jadi Kenyataan.
   

Khamis, 7 Ogos 2014

Jom Jaga Kulit

Assalamualaikum...

    Sekarang pukul 1.53 a.m. dan dengan rajin nak update blog walaupun hakikatnya tengah lapar tahap giga.Dapat mamee cup memang best.Tengah2 hujan ni plak.Nak share pasal skincare..hehe..dulu2 memang tak kisah pun pasal kulit segala bagai.janji pakai pencuci muka n pelembab.settle.Tapi bila dah masuk umur 20-an ni kan.Lepas tu classmates sume lebih muda.Jadi tak nak nampak tua sangat,sebab tu lah rajin je nak jaga muka sekarang..huhu..Sepatutnya dari dulu dah..ni dah tua baru nak rajin..


untuk skincare..pakai fullset dari marykay.harga dia boleh tahan mahal.cukup duit makan sebulan kat hostel..tapi yang bestnye tahan sampai setahun..paling best sekali pelembab dia water base jadi ringan sangat bila pakai.muka pun tak rasa berminyak bila pakai.terus meresap dalam kulit.dah lama beli sejak zaman diploma tapi sampai sekarang tak habis pun lagi.Puncanya dulu tak rajin pakai.sekarang baru nak pakai sebab kulit kering..huhu..


Supplement....ni baru je try..dalam 3-4 bulan lepas...dan perubahan sangat ketara sebab kulit dah tak kering macam dulu.Dulu kulit kering sampai pedih2 je muka.Bila dah amalkan supplement memang wajib lah minum air banyak sikit. 3 liter per day sebab nak pastikan supplment tu berfungsi dengan baik.Sape2 yang amalkan supplement tapi tak minum banyak air,sila jangan salahkan produk ye.Mana-mana supplement tapi minum cukup air memang takkan berkesan.Jadi rajin2 minum air ye. Setiap hari makan b complex sebelum breakfast,vitamin c selepas breakfast dan vit e sebelum tido.Alhamdulillah,setakat ni memang hasilnya sangat bagus.Kulit tak kusam dan kering macam dulu dah.Jerawat pun kadang2 je naik dengan riang kat atas muka.tapi memang jarang sangat.Yang paling best kulit sekata dan tak gerutu jadi bila nak pakai mekap kalau pakai bedak je pun dah cukup.tak payah dah foundation tebal2...less is more.


next..sekali seminggu wajib pakai masker or face masak.biasa pakai masker sebab senang buat sendiri je masker tu.Pkai ESP atau vitamin c...hasilnya memang best sangat sebab kulit rasa lebih tegang dan cerah.Tapi kalau takde esp dan vit c pun,boleh buat sendiri masker guna bahan yang ada kat dapur.Ataupun guna hirisan buah-buahan macam timun,tomato dan sbganya..meh nak share resepi masker

1.Kulit epal (blend) + honey (kulit kering) atau yogurt (kulit berminyak) + 1 sudu tepung

okay..boleh cuba yang ni dulu..nanti i share lagi masker lain yang best2..kalau kulit kering pakai honey sebagai base dan kulit berminyak pakai yogurt tau..apa2 pun make sure kenal dulu jenis kulit macam mana.

Scrub...2 x seminggu akan scrub muka .selalunya sebelum mandi.Beli yang dah sedia ada kat giant jenama apa tak ingat tapi murah je.Tapi yang jenis kulit sensitif jangan pakat beli make sure pilih yang sesuai dengan kulit atau boleh buat scrub sendiri kat umah.scrub ni penting sebab nak buang segala bendasing yang ada kat muka dan juga dead cell.terutama yang kulit kering sebab dead cell ni akan buat muka kita kusam.dan juga untuk buat whitehead dan blackhead yang ada kat muka ni (benda yang paling tak suka)..sebab bila pakai mekap tapi ada blackhead..hurmmm...sgt x comel..tgk dari jauh mcm comel je tapi bila dekat huwaaaaargggg...faham2 sendiri lah kan..

Alhamdulillah,kulit tak sensitif jadi penjagaan kulit takdelah complicated mane pun.Yang paling penting sekali cuci muka dengan betul supaya jerawat tak cepat naik terutama yang pakai mekap.make sure cuci muka betol2..next time saya share about skincare..So,boleh amalkan macam yang saya buat.ni basic thing yang wajib semua amalkan tapi ingat kena ikut kemampuan masing2..K.bye




Salam Kemaafan

Assalamualaikum....

   Haish..blog baru lagi..haha..memang saje je nak buat blog baru kononnya nak mula hidup baru lah kan.Ekceli sebab blog lama tu dari zaman  budak2 hingusan yang tak berapa nak matang jadi macam banyak je benda2 yang tak senonoh.Jadi sekrang kononnya dah matang sikit jadi harapnya blog ni matanglah sikit kan..

        So,di bulan syawal yang mulia ini aku harap dengan mulanya blog baru baru ni.Kita mulakan hidup baru..ececeh..Kita masih lagi di bulan Syawal jadi di kesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini..Terutama sekali kepada adik2 pengarang hati jantu limpa tersayang iaitu geng SRM.Memang banyak gila lah dosa dengan korang sebab selalu je membebel kan.Ampun ye.Lain kali akak janji akan buat lagi.Jangan risau..


Mula2 shopping raya..beli kasut..sampai 2 pasang lepas tu mula gelabah tak cukup duit nak beli baju raya..haha


            Raya tahun ni nak kata best,xde lah best sangat.Raya pertama je yang rasa raya sikit.Pastu dah takde...hehe...ntah kenapalah raya tahun ni rasa tak berapa nak rajin sangat.Tapi yang best raya tahun ni sebab kawan comel gilos dah jadi tunang orang..Yes..Wawa,you dah jadi tunang orang,so tolong behave sikit ye.hehe..Ekceli zaman sekolah dulu tak pernah rapat pun dengan budak comel ni .tengok kat hujung mata je.Dia comel ramai peminat jadi kita duduk tepi je lah tengok.Nak tegur cakap sepatah dua je boleh lah..Lepas tu kena heret dah dengan peminat dia...hehe..apapun..selamat jadi tunang orang ye wa..jangan nakal2 dah...Gambar ada tapi malas nak upload sebab x lawa mane pic tu tapi orang dalam pic tu  lawa jugak lah..haha


selfie dengan adik no.......7..yess..adik i ramai tau..hehe

Lepas dah habis wawa tunang,memang tak berjalan ke mana pun..lepak je kat umah..baju raya pun tak pakai sampai habis walau hakikatnya ada 3 pasang je baju raya..takde mood lansung nak beray.Tetiba classmates ajak berjaya umah buah hati tersayang dia kat dungun.Yess!!penat tapi best lah jugak sebab ada driver tolong drive..hehe...makan free..pastu angkut plak buah manggis dan rambutan kat umah aten ni bawak balik..terima kasih banyak ye aten...


Classmates...dah diorang lebih muda dari i..huhu..tapi tetap tak nak mengaku tua..


Okay..tu je cerita raya tahun ni.gedik kan nak citer kat blog...haha...harapnya raya tahun depan lebih meriah dengan kehadiran suami di sisi..(okay,,angan je ni).Actually ada sebuah rumah hamba Allah ni yang memang teringin sangat nak pergi beraya tapi dia tak bagi pergi sebab katanya segan.Kecewa yang amat lah sebab kita nak beraya dengan dia tapi dia tak sudi.Tapi takpelah,redha je lah.Dah orang tak sudi buat apa lah kita nak mengada-ngada kan.Cuma....hurm..tak tahu dah nak cakap apa...yang pasti gua sedih.Selamat Hari Raya ...Maaf Zahir dan Batin.